
Category Archives: Uncategorized


DESA RIMBUN : RUMAH BERKEMBAR UNTUK DIJUAL
KAMI SUDAH BINA LEBIH 30 BUAH RUMAH DI LANGKAWI SEPANJANG 2014-2017
KONTRAKTOR BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DI LANGKAWI.
Itulah jenama yang kami telah bina semenjak 3 tahun bertapak di Langkawi. Sungguh masa itu amat cepat dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan manis dan pahit.
Berbekalkan semangat anak muda dan pasukan kerja yang sangat berdedikasi kami sedikit sebanyak telah menolong warga penduduk Langkawi untuk memiliki :
i) Rumah Banglo
ii) Rumah Rehat / Homestay
iii) Rumah Sewa/ Bilik Sewa
iv) Chalet dan Roomstay
Dengan berkat doa tuan-puan, tidak pernah satu projek kami yang terbengkalai dan Alhamdulillah kesemuanya siap untuk di duduki. Jika pelanggan kami bina rumah untuk tempat berteduh, Alhamdulillah boleh di jadikan tempat berteduh. Jika pelanggan kami bina bilik sewa untuk jana pendapatan, Alhamdulillah hajat itu tercapai.
Terus sokong kami untuk sentiasa berada di Langkawi. meskipun cawangan kedua kami di Alor Star, Kedah sudah di buka selama 3 bulan.
Untuk orang Langkawi, jum lantik kami jadi kontraktor anda. Kita cuba hasilkan yang terbaik walaupun mesti ada kekurangan. Insya Allah.
Bermula pada tahun 2017, pihak syarikat mula mempromosikan teknik pembinaan menggunakan panel IBS sebagai menggantikan fungsi bata. Teknik ini sudah popular di Lembah Klang, Malaysia malah menjadi sarana utama pihak kerajaan dalam menjadikan IBS sebagai komponen binaan utama / no satu di negara ini.
Untuk tuan – tuan yang mencari cari servis berikut :
KONTRAKTOR BINA RUMAH SEWA DAN ROOMSTAY di LANGKAWI
Kami sudah menyerahkan lebih 7 projek bilik sewa di Langkawi. Ya, itulah kepakaran kami.
KONTRAKTOR BINA RUMAH BANGLO di LANGKAWI
Kami sudah menyerahkan lebih 5 projek banglo kediaman untuk di duduki di Langkawi.
KONTRAKTOR BINA RUMAH REHAT/ HOMESTAY di LANGKAWI
10 projek HOMESTAY/ REST HOUSE telah kami serahkan kunci kepada pelanggan sepanjang 2014 – 2017.
KONTRAKTOR BINA CHALET / GUESTHOUSE di LANGKAWI
2 projek CHALET/ GUESTHOUSE telah kami serahkan kunci kepada pelanggan sepanjang 2014 – 2017.
JOM TERUS SUPPORT KAMI UNTUK MENJADI KONTRAKTOR BINAAN ANDA DI LANGKAWI. APA YANG ISTIMEWA TENTANG KAMI :
- Konsultansi Plan dan Pengebuhsuaian Plan secara percuma jika anda berhasrat untuk membina rumah bersama kami
- Konsultansi cara pembiayaan rumah anda sekiranya anda berhasrat untuk memohon pembiayaan perumahan kerajaan.
- Harga adalah sangat subjektif, justeru jom datang ofis kami untuk berbincang lebih lanjut berkenaan dengan harga :
Alamat ofis kami :
RPG BUILDERS SDN BHD
NO 22 A, DAYANG BUSINESS CENTRE, 07000,
KUAH, LANGKAWI, KEDAH
NO OFIS : 04 – 9610610 / CALL WHATSAPP 016-524.0754
http://www.rimbunprimaproperty.my
BINA RUMAH BANGLO RM 85k + FREE Motorsikal EX5
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih di panjangkan umur kita untuk menyambut Ramdhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Bersempena dengan bulan mulia tersebut, pihak rimbun mengambil kesempatan untuk mengadakan jualan harga runtuh dan sambil beramal bagi pembinaan rumah kod RB Kurnia. Untuk pertama kalinya, pihak rimbun mengenengahkan konsep moden tetapi berbaloi untuk di miliki malah untuk di bina kerana ciri-ciri binaan rumah Rb Kurnia ini kesemuanya memenuhi spefikasi sebuah pembinaan banglo.
Berikut adalah merupakan spefikasi rumah promosi Rb Kurnia :
Keluasana binaan : 848 kps
Bilik : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Pembinaan struktur :
- Standard pembinaan menggunakan besi y10 dan keluasan tapak dasar mengikut keadaan tanah pemilik
- Menggunakan beam 2 kaki agar rumah kelihatan lebih menarik
- Menggunakan bata press untuk mengikat dinding
Struktur atap :
- Menggunakan 100% atap genting jenis monier
- Menggunakan besi kekuda batten dan channel
- Menggunakan papan cantik atau fascia board untuk belah hadapan dan tepi
Kemasan dinding luar :
- Mempunyai line putih untuk menampakkan gaya sebuah banglo mini
- mempunyai sebuah petak parkir kereta
- Menggunakan tingkap alumunium
Kemasan lantai dalaman dan ceiling :
- Mengguna pakai keseluruhan mozek jenis white horse di setiap ruang rumah
- Memasang mozek sehingga 5 kaki di dalam toilet
- Menggunapakai ceiling plaster dan mempunyai cornis pilihan
Jenis pintu, toilet dan lampu :
- Memasang pintu solid door yang mempunyai 2 daun
- Pintu bilik daripada pintu moulded door
- Lampu yang di pasang adalah jenis downlight
HARGA BINAAN 120K UNTUK SIAP SEMUA BAGI SEBUAH RUMAH SEPERTI INI…TAPI SEMPENA RAMADHAN :
KAMI BAGI RM 85K SAHAJA + FREE MOTOR EX5 HONDA UNTUK SEBUAH RUMAH SEPERTI DI ATAS.
TERHAD KEPADA 15 CUSTOMER TERAWAL SAHAJA…..
CONTACT SEGERA : 016-524.0754
Dahan Rimbun – Tanah Lot Buat Pencinta Alam dan Pencari Kedamaian
Langit yang membiru,
Laut yang terbentang luas,
Molek di pandang di amati lalu,
Jiwa yang tenang datanglah lekas.
Langkawi terkenal dengan sebuah pulau pelancongan yang ramai di kunjungi oleh pengunjung samada daripada warga tempatan mahupun warga asing. Kepesatan di Langkawi dapat di rasai bermula 10 tahun yang lalu apabila ramai pelabur luar datang mencari peluang di pulau lagenda ini. Meskipun mitos padang jarak padang tekukur masih terletak di sanubari warga tempatan, namun kuasa Tuhan meletakkan sesuatu itu jauh daripada pemikiran manusia.
4 Tahun yang lepas :
Angin yang membawa berita keindahan Langkawi sudah 20 tahun bertiup, namun khabar yang di bawa mungkin 4 tahun yang lepas baru sampai di negara mat salleh dan cina. Apa yang dapat di lihat semenjak perkhabaran itu tiba di sana, pelbagai warga luar mengambil kesempatan untuk berhijrah ke Langkawi, malah ada yang duduk berbulan bulan dan bertahun tahun untuk menjadi peneman setia kepada kecantikan sang alam di sini. Pihak rimbun berjaya menemukan beberapa penduduk luar yang berkahwin dengan wanita tempatan, harta di negara mereka di bawa ke sini dan hiduplah dengan aman beserta limpahan kekayaan yang di bawa ke mari itu. Namun, ada yang berfikiran jauh dan menemukan peluang untuk melipatkali gandakan hasil dapatan dan keuntungan selagi hayat mereka masih ada di pulau yang indah ini. Rumah kedua buat warga luar negara, itu lah fanomena yang sedang berlaku di sini. Para warga luar yang mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan mereka di negara asal, mula mempelawa rakan taulan mereka untuk membeli tanah dan rumah di pulau langkawi. Tambahan pula, undang-undang kerajaan Malaysia yang tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat untuk mereka menikmati kehidupan di negara ini menjadikan aktiviti ini lebih rancak. Justeru, para penduduk tempatan yang inginkan kekayaan yang cepat, berlumba-lumbalah menjual tanah mereka kepada orang kulit putih dan orang kaya mata sepet.
Dahan Rimbun Peluang Untuk Warga Tempatan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Ini
Selepas kami berada di Langkawi hampir setahun, terfikirlah dek hati ini untuk membuka peluang kepada warga tempatan supaya mengambil peluang dalam kepesatan pembangunan di Langkawi. Biarpun mereka kata orang kita tidak berapa ada duit, namun kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan orang kulit putih terus menerus merebut hak ketuanan kepada Pulau Lagenda ini.
Tercetus Sebuah Idea : Dahan Rimbun
5 dalam 1. apa itu lima dalam satu? Bukan pakej pelancongan mahupun kopi pra campuran tetapi 5 anugerah Tuhan yang kurniakan kepada kita yang anda susah ingin dapatkan dalam jarak berdekatan. Apatah lagi ia merupakan sebuah anugerah yang di berikan oleh Tuhan untuk kita hargai dan renungi.
Pasir pantai yang memutih, deruan air terjun yang menenangkan jiwa, rimbunan dahan yang lebat serta menghijau dan anda menikmati kesemua itu dengan hanya memiliki sebuah tanah lot di Dahan Rimbun. Kami tidak menjanjikan sesuatu yang di luar jangkaan, sepastinya bagi mereka yang sudah menjejakkan kaki ke Langkawi akan merasai ketenangan ini. Tanah yang berkeluasan 4.5 ekar di miliki oleh hamba Allah yang begitu pemurah hatinya untuk di bangunkan bersama madrasah Tahfiz dan jualan tanah lot ini tidak lebih untuk meneruskan kelansungan generasi yang berilmu serta beramal soleh.
Di balik ketenangan yang bakal anda kecapi di Dahan Rimbun, para pemilik juga berpeluang bersama untuk mengimarahkan madrasah tahfiz ini. Mereka mampu menjadikan ia sebagai sebuah tempat untuk berehat seketika daripada keletihan duniawi.
Keserabutan dan tekanan kerja menjadikan kita untuk mengimpikan sebuah tempat yang mampu memberikan ketenangan. Tidak hanya ketenangan jiwa dengan melihat keindahan ciptaan Tuhan, malah kita dapat mengisi ruang ruang kosong yang boleh di isi dengan makanan rohani yang terdapat di Dahan Rimbun. Insya Allah, Tuhan memberkati usaha untuk orang yang selalu mencari jalan pulang ke Nya. Kami sebagai penganjur jualan tanah lot ini akan membentuk satu jawatankuasa komuniti Dahan Rimbun dan juga membangunkan pejabat pengurusan untuk memudahkan para pembeli menguruskan lot mereka jika ia di tinggalkan sementara mereka tiada.
Konsep beli dan bina.
Dahan Rimbun mempunyai beberapa lot yang berbeza keluasan dan berbeza harga. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk membuat pilihan tanah lot yang mereka mampu. Untuk fasa pertama, kami mensasarkan jualan lot tanah di penuhi terlebih dahulu, kemudian pemilihan desain rumah dan chalet boleh di pilih mengikut citarasa pelanggan sesuai dengan bajet, saiz tanah dan keperluan mereka.
Geran bersama sementara anda mendapatkan geran individu
Kesemua pembeli tanah lot ini akan di berikan satu perjanjian bersama peguam . Ia akan di sebut sebagai perjanjian penyerahan hak, sementara menunggu geran individu di keluarkan.
Madrasah At Tauhid Nadi Kehidupan Komuniti Dahan Rimbun
Di dalam pelan dasar utama kami, Dahan Rimbun memperuntukkan sekurang-kurangnya satu ekar untuk pembangunan madrasah. Keputusan untuk membangunkan pusat pengajian ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada tapak sedia ada berdekatan Airport Langkawi. Namun, atas faktor kewangan dan sewaan yang tinggi, seramai 18 orang pelajar tahfiz yang merupakan anak yatim akan di pindahkan di sini . Untuk permulaan, kami akan membina rumah madrasah yang di bina daripada kayu terpakai hasil pemberian LADA. Doakan usaha murni ini di beri kemudahan oleh Sang Pemberi Rezeki.
Untuk anda yang bercadang memiliki rumah di Langkawi, jom bersama kami bangunkan komuniti Dahan Rimbun. Pembelian tanah lot di sini seumpama membeli tanah pondok dan cerucuk asas untuk anda menjadi warga Langkawi. Insya Allah, program yang akan kita laksanakan di Dahan RImbun dengan pembangunan madrasah lebih kepada program mencari ketenangan abadi. Mungkin ada yang berkata Langkawi tidak mempunyai tempat yang setanding dengan Phuket, Krabi, Bali dan seluruh tempat yang cantik hasil kurniaan Tuhan. Namun, Langkawi mempunyai tempat yang setidak tidaknya mengingatkan anda kepada kehebatan kuasa Tuhan dan juga tempat untuk anda kembali mengenal lebih dekat Ilmu-ilmu Tuhan. Insya Allah.
Kenapa Dahan Rimbun amat sesuai untuk di jadikan Rumah :
Fasiliti jalan masuk keluar tersedia.
Fasiliti TNB tersedia. Tidak perlu untuk menambah tiang dari jalan luar.
Fasiliti paip air JKR dan SADA tersedia di dalam tanah Lot Dahan Rimbun.
Bagi yang berminat untuk memiliki tanah lot di Dahan Rimbun boleh lah merujuk kepada maklumat di bawah :
Lokasi Dahan Rimbun
DOWNLOAD MAKLUMAT LANJUT MENGENAI DAHAN RIMBUN DI SINI :
10 PILIHAN DESIGN RUMAH BANGLO UNTUK WARGA LANGKAWI
Orang LANGKAWI… ooo orang LANGKAWI.. tak teringin ka nak buat rumah atas tanah sendiri? Dari duk biar tanah naik lalang baik kita buat rumah. Boleh jugak kita duduk. Tak tahu cara? Haaa.. Jom jumpa dengan kami.. Kami dah sedia 10 contoh design rumah untuk pelanggan kami. Tentang harga? Jangan risau. Mai kita bincang minum kopi apa dulu. Nanti kami bagi harga kasih sayang. In shaa Allah. Berminat ?? Jika anda berminat membina rumah dengan kami tunggu apa lagi boleh hubungi kami :-
- En Wan Azhan : 016 – 524. 0754
LALUAN LANGKAWI – GUANGZHOU TINGKAT KEMASUKAN PELANCONG
Langkawi merupakan ‘Permata Kedah’ yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta flora dan fauna yang unik. Pulau Lagenda ini kini terserlah sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang unggul dan tersohor.
Baru-baru ini, syarikat penerbangan Air Asia memulakan penerbangan sulungnya dari Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 24 Januari 2016. Pesawat AK2010 itu membawa 92 peratus penumpang termasuk wakil daripada Lembaga Pelancongan Guangdong. Air Asia ketika ini menguasai 60 peratus pasaran laluan udara Langkawi, dengan menawarkan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.
Laluan Guangzhou ke Langkawi tidak hanya mengukuhkan kedudukan syarikat itu di Langkawi, malah akan melonjakkan lagi ekonomi pulau ini dengan potensi pelaburan akan datang dari China. Ini akan meyakinkan bahawa Langkawi akan menjadi satu daripada destinasi pelancongan utama dengan lebih banyak kesalinghubungan antarabangsa dan akan menjadi pilihan utama pelancong China dalam tempoh terdekat.
Selain itu, Langkawi juga akan dijadikan sebagai hab antarabangsa. Ia dapat meningkatkan lagi pelancongan di pulau ini. Kerajaan pusat juga akan terus membangunkan Langkawi sebagai produk pelancongan nombor satu negara agar sentiasa mendapat tumpuan pelancong terutama dari luar negara.
Di samping itu, kerajaan bersedia untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk pelancong mewah, dan sebagai kerajaan yang properniagaan, ia mahu melihat lebih banyak sektor swasta memainkan peranan mereka dan menyokong lebih banyak matlamat. Rakyat juga perlukan kerajaan seperti ini supaya sektor swasta Langkawi, Kedah dan negara terus membangun dan kukuh. Ini akan menandakan tahap pertumbuhan dan pembangunan seterusnya di Langkawi.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bergambar bersama Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini. FOTO Bernama
BOLEHKAH HARGA RUMAH TURUN ??
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan,
Rumahku pun tiada,
Adapun bapa punya,
Apa lagi belanja mau bayar berian,
Kahwin sama kamu…
Bait lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat ada benar dengan topik muka depan Sinar harian dulu “HARGA RUMAH MELAMPAU”.
- Rumah teres bakal cecah RM 1 juta dalam 10 tahun akan datang.
- Pendapatan RM 12 000 sebulan mampu beli rumah pada tahun 2020.
- Ada pemaju kaut untung besar sehingga lebih 50 peratus.
Saya sangat tertarik dengan cadangan dalam forum http://www.carigold.com mengenai kaedah menurunkan harga rumah yang makin ‘menggila’ ini. Sama-sama kita renung dan fikirkan.
Kaedah Pertama
- Kerajaan perlu jadikan bahan binaan seperti simen, pasir, batu, besi sebagai bahan kawalan. Sama seperti makanan.
Kaedah Kedua
- Kerajaan perlu kawal / kurangkan kewujudan broker / agen-agen hartanah tidak berdaftar.
- Mereka ini telah lama mengaut keuntungan atas angin walhal rumah tersebut bukanlah aset mereka. Mereka ini jugalah punca harga rumah melambung. Dengan spekulasi yang mereka unjurkan.
Kaedah Ketiga
- Kerajaan perlu ketatkan undang-undang penjualan dan pembelian rumah. Kerana selalunya orang kaya akan membeli rumah kos rendah sehingga 3-5 buah rumah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah.
Kaedah Keempat
- Kerajaan perlu hadkan pembelian rumah oleh warga asing.
- Dengan nilai tukaran duit Malaysia yang rendah, menyebabkan warga asing ini mampu memiliki hampir apa saja termasuk rumah yang nilainya tinggi.
Kaedah Kelima
- Kerajaan perlu hapuskan LAWYER BANK. Mengapa perlu ada dua lawyer untuk hartanah yang sama? Guna satu lawyer sudah memadai kerana caj guaman pun tinggi.
Ini antara cadangan yang diutarakan. Mungkin anda semua ada juga pelan tindakan bagi membanyakkan rumah mampu milik. Kongsikan untuk faedah kita bersama.
Untuk membina rumah atas tanah sendiri. Tunggu apa lagi. Boleh segera hubungi pegawai kami En. Wan 016- 524. 0754 ….
MENGAPA DAN KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI / MEMBELI HARTANAH DISEAWAL USIA TERUTAMA ORANG MUDA
1) Harga hartanah semakin mahal
- Kadar peningkatan harganya boleh mencecah sehingga 20%-30% setahun bergantung kepada lokasi. Jika orang muda masih leka, suatu hari nanti sudah semakin sukar untuk memiliki rumah.
2) Nilai pendapatan semakin menyusut
- Dengan peningkatan harga barangan, petrol dan lain-lain yang kita lihat akhir-akhir ini semakin menghakis pendapatan yang diterima. Cabaran untuk pemilikan rumah akan lebih besar sekiranya anda masih menunggu.
3) Bayaran ansuran lebih rendah
- Untuk orang muda, tempoh pinjaman anda boleh dipanjangkan dan jadi bayaran ansuran pinjaman perumahan adalah lebih rendah.
4) Pinjaman mudah lulus
- Komitmen anda sekarang mungkin masih rendah dan ini akan memudahkan anda layak memohon pinjaman perumahan.
5) Bina aset
- Pelaburan dalam hartanah seawal usia 20an adalah langkah paling bijak. Jika dilakukan secara konsisten akan membolehkan anda membina aset yang kukuh dalam jangka masa panjang.
6) Beli rumah dulu sebelum beli kereta
- Ramai yang berlumba-lumba beli kereta setelah bekerja dan ada juga yang beli diluar kemampuan sendiri hanya kerana ingin dilihat hebat pada pandangan mata orang lain. Langkah itulah boleh menyebabkan kesukaran untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan. Anda juga mengalami kerugian kerana kereta ada susut nilai yang signifikan. Langkah yang lebih bijak adalah dengan membeli rumah terlebih dahulu dan sekiranya ada cashback barulah digunakan untuk beli kereta ataupun cari yang ada sediakan tawaran beli rumah percuma kereta. Rumah juga anda boleh refinance setelah rumah itu berlaku kenaikkan sekiranya memerlukan tunai.
PERSEDIAAN YANG PERLU SEBELUM MEMBINA RUMAH SENDIRI
Antara persediaan yang perlu ada sebelum memutuskan untuk menguruskan bina rumah sendiri atau melantik diri sendiri sebagai pengurus projek, kontraktor merangkap konsultan (untuk kes bina rumah sendiri dengan pinjaman perumahan sahaja) adalah seperti berikut :-
1) Mesti ada tanah sendiri bergeran individu / hak milik sendiri atau bersama pasangan
- Semestinya hendak membina rumah, kenalah ada tanah milik sendiri. Namun, untuk membuat pinjaman perumahan, status tanah itu mestilah jelas dari segi hak milik (bergeran) sendiri / bersama pasangan, tanah berstatus bangunan (kalau tanah status pertanian bersaiz 1 ekar atau lebih masih boleh buat pinjaman perumahan kerajaan), status tanah bebas daripada bebanan (kalau ada bebanan / sekatan, sila selesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan pinjaman tidak diluluskan atau masalah tanah tidak boleh digadaikan kepada pihak pemberi pinjaman).
2) Mesti ada modal permulaan (wang tunai) di tangan
- Untuk menguruskan bina rumah sendiri, sememangnya kita mesti ada modal / wang tunai ditangan. Sekiranya tiada modal pusingan, kita umpama kontraktor sakit yang mengharapkan duit claim pinjaman sepenuhnya yang akan mengakibatkan projek pembinaan terbengkalai, lambat, pekerja lari dan sebagainya. Oleh itu, kita mesti sediakan modal wang tunai ditangan dalam anggaran RM30, 000.00 – RM50, 000.00sebelum kerja pembinaan bermula.
- Tips – Sekiranya modal tidak mencukupi atau kekurangan modal, jangan mula kerja pembinaan sebaik sahaja pinjaman diluluskan. Kita boleh membuat claim permulaan 10% dengan BPP sebaik sahaja urusan gadaian tanah kepada Kerajaan Malaysia selesai dibuat. Biasanya memakan masa dalam 2 bulan selepas pinjaman lulus.
3) Mesti ada ilmu dan pengetahuan dalam selok belok menguruskan bina rumah sendiri
- Memandangkan kita telah melantik diri sendiri sebagai kontraktor merangkap konsultan dan pengurus projek, seboleh-bolehnya kita mestilah ada serba sedikit ilmu dan pengetahuan dalam selok belok pembinaan rumah seperti syarat-syarat buat pinjaman, urusan dengan peguam, deal dengan tukang, mengawal selia progress kerja, urusan beli bahan binaan, tahu asas pembinaan (seperti spesifikasi struktur, aturan kerja), boleh membaca atau memahami pelan rumah. Oleh itu, kita kena rajinlah mencari maklumat berkenaan bina rumah (seperti membaca blog ini. HIHI) atau tanya orang yang ada pengalaman urus bina rumah sendiri.
4) Mesti ada masa untuk memantau progress kerja di tapak
- Antara perkara terpenting untuk kita menguruskan pembinaan rumah sendiri adalah kita mempunyai masa untuk mengurus dan memantau kerja-kerja di tapak, seelok-eloknya kita berada atau tempat bekerja berhampiran dengan tapak. Melainkan kita boleh minta tolong ahli keluarga atau orang yang boleh dipercayai untuk membantu. Pada saya, akan berlaku banyak kesukaran dan masalah kiranya kita tidak boleh memantau projek secara terus dan kerap.