BOLEHKAH HARGA RUMAH TURUN ??

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan,
Rumahku pun tiada,
Adapun bapa punya,
Apa lagi belanja mau bayar berian,
Kahwin sama kamu…

Bait lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat ada benar dengan topik muka depan Sinar harian dulu “HARGA RUMAH MELAMPAU”.

  • Rumah teres bakal cecah RM 1 juta dalam 10 tahun akan datang.
  • Pendapatan RM 12 000 sebulan mampu beli rumah pada tahun 2020.
  • Ada pemaju kaut untung besar sehingga lebih 50 peratus.

Saya sangat tertarik dengan cadangan dalam forum http://www.carigold.com mengenai kaedah menurunkan harga rumah yang makin ‘menggila’ ini. Sama-sama kita renung dan fikirkan.

Kaedah Pertama

  • Kerajaan perlu jadikan bahan binaan seperti simen, pasir, batu, besi sebagai bahan kawalan. Sama seperti makanan.

Kaedah Kedua

  • Kerajaan perlu kawal / kurangkan kewujudan broker / agen-agen hartanah tidak berdaftar.
  • Mereka ini telah lama mengaut keuntungan atas angin walhal rumah tersebut bukanlah aset mereka. Mereka ini jugalah punca harga rumah melambung. Dengan spekulasi yang mereka unjurkan.

Kaedah Ketiga

  • Kerajaan perlu ketatkan undang-undang penjualan dan pembelian rumah. Kerana selalunya orang kaya akan membeli rumah kos rendah sehingga 3-5 buah rumah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah.

Kaedah Keempat

  • Kerajaan perlu hadkan pembelian rumah oleh warga asing.
  • Dengan nilai tukaran duit Malaysia yang rendah, menyebabkan warga asing ini mampu memiliki hampir apa saja termasuk rumah yang nilainya tinggi.

Kaedah Kelima

  • Kerajaan perlu hapuskan LAWYER BANK. Mengapa perlu ada dua lawyer untuk hartanah yang sama? Guna satu lawyer sudah memadai kerana caj guaman pun tinggi.

Ini antara cadangan yang diutarakan. Mungkin anda semua ada juga pelan tindakan bagi membanyakkan rumah mampu milik. Kongsikan untuk faedah kita bersama.

Untuk membina rumah atas tanah sendiri. Tunggu apa lagi. Boleh segera hubungi pegawai kami En. Wan 016- 524. 0754 ….