Tukang Rumah Murah di Langkawi ? Tukang siam atau Kontraktor ?

Kebanyakan ramai pemilik tanah yang ingin membangunkan rumah atau bangunan mengambil tukang siam di Langkawi. Rata-rata mempunyai alasan harga upah yang murah. Tidak di nafikan, kebanjiran warga siam yang datang daripada Pattani dan juga wilayah selatan Thailand ramai mencari rezeki di sini. Berikut adalah perbezaan yang dapat kami senaraikan berkenaan dengan tukang siam dan kontraktor.

rb 3

Di Langkawi : Tukang siam banyak mengambil kerja membuat rumah, bina dari dasar, renovasi dan kerja kerja tukang dengan mengambil kira harga per kaki. Sepanjang pengamatan, tukang-tukang ini tidak akan menyebut tentang plan kerja, perjanjian, skop atau bidang kerja yang termasuk sehinggalah tuan rumah sendiri akan terkejut apabila bayaran yang di lakukan hanya untuk sesetengah kerja sahaja. Kebiasaan tukang siam akan berani mengambil upah kerja tanpa barangan. Hal ini kerana kekurangan modal yang di miliki di samping risiko kesilapan membeli barangan.

Kebiasaaan harga tukang siam di Langkawi tanpa barangan : RM 18- RM 22 /kaki

Waktu kerja : Kebiasaan daripada jam 8 / 9 pagi – 5/6 petang

Cara bayaran gaji / upah : Secara mingguan

KEBAIKAN TUKANG SIAM :

Mendapat harga untuk membina rumah dengan kos yang murah. Tidak banyak bercakap dan tekun membuat kerja. Kadang mempunyai pengikut yang pandai membuat kerja, terkadang lansung tidak mahir.

KEBURUKAN TUKANG SIAM :

Memberi tawaran harga untuk sesetengah kerja sahaja dari binaan rumah. Kebanyakan harga RM 18-RM 22/ kaki hanya untuk binaan struktur bangunan tanpa upah bumbung, plaster, wiring, plumbing, tiling dan sebagainya. Warga siam yang telah mendapat deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak , kadangkala akan melarikan wang tersebut dan sukar untuk di jejaki sekiranya anda tidak berwaspada. Selain itu, skop kerja juga tidak di nyatakan secara bertulis pada mula dan ia boleh membawa kepada pergaduhan di pertengahan projek . Jadi, beringat sebelum kena.

MELANTIK KONTRAKTOR BINAAN / TUKANG KAMPUNG WARGA TEMPATAN UNTUK RUMAH DAN BANGUNA ANDA

rb 1

Selain daripada pilihan tukang siam untuk membina rumah dan bangunan di Langkawi, ada juga yang melantik kontraktor atau tukang kampung sebagai juru urus pembinaan tersebut. Terdapat banyak kontraktor yang menawarkan harga binaan rumah di Langkawi termasuklah menawarkan harga dengan kiraan yang tidak munasabah. Berikut adalah ciri-ciri tukang kampung atau kontraktor yang di lantik di Langkawi :

Harga binaan selalunya di kira sekali dengan barangan : Harga per kaki antara RM 60- RM 110

Plan rumah atau bangunan : Sesetengah kontraktor yang betul-betul membuat kerja rumah akan memiliki plan tersendiri selain daripada plan dari pelanggan. Sebaliknya, tukang kampung hanya akan bertanya tuan rumah bagaimana contoh rumah terdekat yang ingin di bina.

Waktu kerja : Tertakluk kepada pekerja yang di ambil – Kebanyakan tukang kampung akan mengajak rakan-rakan sekampung bagi bekerja dengan mereka. Maka, waktu kerja yang di rekod sangat tidak menentu. Kadang awal, kadang lambat atau kadang-kadang lansung tidak datang. Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai latar belakang keluarga dan masalah sendiri.

Waktu kerja kontraktor : Akan termaktub dalam perjanjian kontrak akan kesiapan binaan rumah atau bangunan tersebut. Justeru, sesetengah kontraktor amat peka tentang waktu kerja di samping mengambil orang luar ( kebanyakan orang Indonesia ) untuk bekerja dengan mereka. Kebiasaaan pekerja-pekerja kontrak akan memasuki site pada jam 8.30 dan pulang pada jam 6 petang.

Cara bayaran : Tukang kampung kebiasaan akan meminta bayaran di lakukan seminggu sekali atau dikenali juga dengan istilah ‘pinjam’. Kebanyakan daripada tukang-tukang kampung memiliki tanggungan hutang dengan meminjam daripada Wang AMANAH IKHTIAR yang perlu di bayar secara mingguan. Jika anda tidak mempunyai wang yang cukup, anda akan pening kepala bekerja dengan tukang kampung.

Kontraktor : Bergantung kepada kontraktor tetapi kebiasaannya, tuntutan untuk bayaran adalah mengikut peratus kesiapan rumah.

KEBAIKAN CARA KERJA KONTRAKTOR :

Anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan soal pembinaan rumah, plan rumah, kelulusan plan, pembelian barangan dan sebagainya. Hal ini di uruskan 100% oleh mereka dengan caj bayaran sedikit tinggi daripada tukang kampung. Kebiasaan juga, pihak kontraktor akan menyediakan perjanjian dan sebut harga terlebih dahulu kepada pelanggan agar mereka memehami sebetulnya skop kerja yang akan di lakukan. Justeru, tiada perkara yang berbangkit sekiranya semua kerja mengikut skop yang di sebut di dalam sebut harga. Berbeza dengan tukang kampung, sekiranya anda tidak menyediakan dokumen perjanjian dengan mereka, maka hal ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari sekiranya terdapat perubahan dalam plan ataupun berlaku perselisihan faham.

rb 2

KEBURUKAN KONTRAKTOR

Anda perlu bijak dalam memilih kontraktor kerana ada jenis kontraktor yang hanya ingin membuat untung di atas angin. Sesetengah daripada mereka bekerja di dalam sektor kerajaan namun mengambil peluang mencari pendapatan lebih dengan cara ini. Justeru, ada kontraktor sebenarnya tidak memahami pun skop kerja malah hanya tahu mengambil projek dan sub kepada tukang kampung. Perkara ini akan mendatangkan masalah juga di kemudian hari kepada tuan rumah kerana kemungkinan kontraktor akan membuat kerja separuh jalan ataupun sub-kontraktor lari daripada tapak projek. Oleh yang demikian, tuan rumah perlu pandai memilih kontraktor binaan. Antara tips yang boleh di kongsi :

 

  1. Semak latar belakang syarikat

 

  1. Perhalusi ataupun buat lawatan tapak ke tempat kerja yang sudah dibuat

 

  1. Melawat ke ofis kontraktor tersebut untuk mengesahkan tentang khidmat dan servis perniagaan mereka.

Sekian untuk post kali ini. Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pembinaan rumah dan lot tanah di Langkawi, sila lawati Galeri Hartanah kami di Kuah, Langkawi,

Hubungi En. Wan untuk temu janji : 012-5684713

TIPS PENTING BAGI ANDA YANG BERCITA-CITA UNTUK BINA RUMAH SENDIRI

Kelebihan yang kita dapat kalau bina rumah sendiri ni adalah dari segi kos wang ringgit yang boleh dikurangkan berbanding kita serahkan bulat bulat kat kontraktor untuk kita bina rumah idaman rumah kita.

Lagi satu kita boleh pilih sendiri bahan binaan yang baik dan berkualiti.

7 Tips Penting Bagi Yang Nak Bina Sendiri Rumah Idaman

1. Geran Tanah Rumah Milik Anda

  • Mula-mula sekali pastikan geran tanah kat mana korang nak bina rumah tu sudah pun ditukar milik kepada nama anda jika tanah tersebut tanah pusaka atau tanah yang anda beli sendiri.

2. Upah Arkitek Yang Kreatif

Upah arkitek yang boleh dipercayai untuk merekabentuk rumah idaman anda. Pastikan berlaku komunikasi 2 hala yang baik antara anda dan pihak arkitek. Jelaskan kepada arkitek secara terperinci apa yang anda mahukan untuk rumah idaman anda itu nanti. Antara perkara biasa yang perlu diperhatikan ialah :-

  • Jumlah bilik dan tandas, kedudukan setiap ruang contohnya kat mana master bedroom, kat mana nak letak dapur, kat mana nak letak ruang tamu 1, ruang tamu 2 dan juga keluasan setiap ruang juga perlu diambil kira.
  • Jenis atap yang anda inginkan. Minta arkitek cadangkan beberapa jenis atap yang ada di pasaran. Pastikan juga arkitek merekabentuk atap yang cantik dan mengikut trend perumahan masa kini.
  • Jenis frame tingkap dan material tingkap. Ada banyak jenis dari yang murah hinggalah ke mahal. Juga jenis tingkap samada tingkap labuh atau saiz biasa. Untuk trend semasa, ramai yang menggunakan tingkap jenis labuh
  • Susun atur dalam tandas. Kat mana letak sinki, kat mana shower head dan kat mana mangkuk tandas
  • Jumlah point untuk lampu, kipas, suis dan soket

Biasanya pihak arkitek akan menyediakan beberapa jenis lukisan seperti lukisan arkitek, lukisan struktur (besi), lukisan elektrikal (lampu, kipas dll) dan mekanikal (paip air bersih, paip najis dll).

3. Harga Upah Tukang Yang Rasional Dan Tidak Terlalu Mahal

  • Jika boleh, lakukan sedikit survey bagi mengetahui harga upah tukang buat rumah. Harga upah membina rumah setingkat dan dua tingkat adalah berbeza. Bergantung kepada tukang berapa upah yang diminta. INGAT ! Jumlah harga upah bina rumah biasanya akan dikira dari tiang ke tiang bukannya bergantung kepada luas lantai. Pilih tukang yang ada testimoni kerja yang bagus dan harga yang tidak mahal.

4. Perjanjian Antara Pemilik Dan Tukang Rumah

  • Buat satu perjanjian bertulis dengan tukang rumah yang dilantik. Perjanjian yang sah dari segi undang-undang hendaklah dimatikan dengan setem hasil yang korang boleh beli kat LHDN. Di dalam surat perjanjian tersebut, jangan lupa nyatakan berapa kadar upah yang telah dipersetujui beserta jumlah keluasan yang akan dibina. Nyatakan juga kos-kos lain yang mungkin akan terlibat sepanjang pembinaan seperti kos menyewa crane, kos menyewa lori, kos menyewa mixer, kos paku dan peralatan kecil yang diminta oleh tukang.
  • Sekiranya kos terbabit ditanggung oleh pemilik, maka tulis lah didalam perjanjian itu yang kos-kos sebegitu adalah atas tanggungan pemilik. Jika ditanggung oleh tukang, maka nyatakan ia ditanggung oleh tukang. Jangan hanya membuat perjanjian mulut. Perjanjian mulut biasanya nanti pasti akan menimbulkan masalah.

IMG-20151210-WA0064

( Contoh perjanjian antara kontraktor dan tuan rumah )

5. Sediakan Buku Catatan Perbelanjaan

  • Walaupun rumah yang dibina adalah rumah anda dan anda jugalah kontraktornya, sebaiknya catatkan segala perbelanjaan yang terlibat. Seeloknya, sediakan 2 buah buku. Buku pertama untuk catitan perbelanjaan membina rumah seawal kos menyediakan pelan, kos bayaran kepada majlis, kos bayaran kepada TNB untuk penyambungan api. Buku kedua adalah catitan bayaran kepada tukang-tukang rumah yang terlibat.
  • Untuk pengetahuan korang, dalam membuat sebiji rumah korang kena bekerja dengan lebih dari sorang tukang. Tukang buat rumah biasanya hanya melakukan kerja-kerja pembinaan, mengikat bata dan plaster dinding. Kerja-kerja lain seperti kerja perpaipan (kena masuk sekali dengan dengan pembinaan), kerja wiring untuk lampu, suis, soket dll, kerja mozek, kerja memasang atap, kerja mengecat dan kerja menanam rumput dan juga kerja memasang grill memerlukan tukang mahir yang lain.

6. Membayar Upah Mengikut Progress Kerja

  • Seringkali terjadi tukang rumah lari, kerja tak siap, upah dah dibayar habis. Bila dah terjadi macam ni apa lagi yang boleh kita buat melainkan menyesal tak sudah. So elakkan perkara sebegini terjadi kepada anda. Ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku kat kawan kita , yang berlaku kat jiran kita mahupun yang berlaku kat keluarga kita.
  • Jadi di awal-awal perjanjian pastikan anda bagitahu tukang yang anda akan menahan wang mereka sekurang-kurangnya sebanyak 5%. 5% ini adalah jaminan kerja dilaksanakan sehingga siap.
  • Setelah itu pastikan anda membayar tukang pada hari yang sama setiap minggu. Buat penilaian sendiri berapa peratus kerja yang sudah disiapkan. Dari situ anda perlu membuat kira-kira agak-agak berapa jumlah yang boleh dibayar pada minggu tersebut. Biasanya tukang pasti akan meminta bayaran melebihi kerja yang sudah disiapkan. Pastikan anda membayar kurang daripada apa yang diminta. Tapi janganlah terlalu sedikit sehingga menyusahkan tukang. Ok ?
  • Jangan lupa meminta tukang menurunkan tandatangan setiap kali pembayaran dibuat. Catit berapa upah yang kita bayar, kemudian minta tukang cek dan jika betul amaunnya barulah sign. Kalau boleh update kat tukang berapa lagi baki duit dorang yang ada pada korang.

7. Order Bahan Binaan Secara Bijak

  • Bahan binaan biasanya akan sampai lambat jika order time raya cina. Kebanyakan supplier adalah orang cina. So, dorang biasanya akan cuti lama dalam 2 minggu. Cek status kerja ditapak bina rumah anda, apa bahan binaan yang diperlukan segera dan order cepat sebelum raya cina.
  • Untuk atap dan mozek, korang boleh ja order awal. Sebab pembekal biasanya tak akan hantar bahan bahan tu kalau tak perlu lagi. So, better order awal, kalau tak progress kerja boleh terbantut sebab kalau takda atap, tukang tak boleh teruskan pada kerja-kerja plaster dinding. Kalau takda atap, siling tak boleh masuk kerja. So, atap adalah elemen yang sangat penting dalam membina rumah. Banyak kerja yang akan terbengkalai kalau atap tak setel.
  • Bahan binaan seperti pasir, batu bata dan simen bukanlah bahan yang perlu diorder terlalu awal. Sebab bahan-bahan ini banyak ja dijual dan mudah didapati. Kalau harini habis, esok dah boleh dapat. So, order ikut keperluan kerja.

 

LAMA KA NAK BUAT SEBUAH BANGLO ?

Antara soalan cepumas yang sering ditanya oleh klien, berapa lama tempoh siap sebuah banglo costum made. Kadangkala saya rasa sedikit berpeluh untuk menjawabnya kerana saya faham expectation klien adalah tinggi, iaitu mahu rumah disiapkan secepat yang mungkin.

Jawapan saya kebiasaannya, kesiapan adalah mengikut keluasan rumah. Bagi sebuah rumah bersaiz  1000 kaki persegi ke 1400 kaki persegi, ia boleh pergi 8 ke 10 bulan. Bagi yang bersaiz 1400 ke atas hingga 2000 kaki persegi, ia boleh menjangkau 10-12 bulan. Malah bagi yang bersaiz lebih 2000 kaki persegi, ia akan melebihi 1 tahun.

Apabila diberikan tempoh masa di atas, klien perlu faham akan satu lagi perkara, perjanjian perumahan yang diikat menyatakan tempoh masa adalah 24 bulan dari tarikh pinjaman diluluskan. Ini adalah perjanjian yang standard perumahan mana-mana sekalipun.

Mari kita fahami bahawa sebuah rumah yang dibina secara custom made (mengikut selera klien) akan mengalami proses pemilihan yang dikehendaki oleh klien. Antaranya klien memilih sendiri jenis mozek dan coraknya, klien memilih warna rumah, klien memilih sendiri set shower, jenis sinki, dan sebagainya.

 

Apabila pemilihan diberikan pada tangan klien, akan terjadi di pihak klien mengubah ubah pemilihan barangan walaupun diperingkat awal dipersetujui jenis yang lain. Ada ketika proses pemilihan ini sahaja memakan masa sebulan malah lebih lagi pun ada.

Jadi faktor ini tidak dikira dalam tempoh rumah siap. Rumah yang sepatutnya siap 8 ke 10 bulan boleh mencecah 12 bulan atau lebih disebabkan faktor ini. Mengapa ?

Saya berikan contoh perkara yang saya kurang gemari yang paling popular dalam bidang pembinaan adalah pemilihan mozek. Kedai-kedai mozek kebanyakan tidak menyimpan stok mozek dengan banyak kecuali bagi mozek yang coraknya popular. Hampir kebanyakkannya perlu ditempah. Dan tempoh masa mozek untuk sampai amat bergantung pada kedai mozek tersebut.

Pengalaman saya di Langkawi, ada stok mozek yang ditunggu kadangkala memakan masa yang 1-2 bulan (jangan terkejut ia pernah terjadi untuk beberapa kes saya terdahulu). Saya tahu ianya sangat lambat dan saya sendiri tidak menyukainya. Tetapi apabila ia memakan hingga 1-2 bulan, masa kesiapan rumah sudah lari dari kenyataan awal saya diatas.

Kemudian, kita bercakap pula tentang faktor manusia dan cuaca. Apabila musim hujan tiba terutama musim tengkujuh, boleh dikatakan hampir keseluruhan bulan itu menjadi tidak efektif. Ada juga kes dimana hujan sudahpun berhenti tetapi disebabkan jalan masuk ke tapak pembinaan becak teruk, lori yang menghantar bahan binaan pun tidak dapat masuk. Maka, terjadi lagi kelewatan kerana kerja tidak dapat berjalan lancar.

Begitu pada bulan puasa, dimana tempoh menjadi tidak efektif apabila ramai tukang rumah yang bekerja separuh hari kerana keletihan. Faktor-faktor sebegini yang perlu diberi kelonggaran oleh klien agar tidak terlalu meletakkan benchmark yang optimis jika ada halangan-halangan yang berlaku ketika pembinaan.

Saya yakin mana-mana kontraktor yang jujur tidak sesekali mahu menyiapkan kerja lambat atau terlebih masa dari jangkaan awal, tetapi realiti di tapak binaan begitulah, sentiasa ada beberapa halangan.

Untuk coretan dari pengalaman saya, jangan terlalu menekan masa kerana dikhuatiri tukang rumah yang menyiapkan kerja dengan terlalu cepat mengabaikan kualiti binaan. Nanti, klien juga akan banyak mengeluarkan kos penyelenggaran di kemudian hari. Jika kita beli rumah dari projek perumahan berskala besar seperti kondo, apartment mahupun teres, tempoh masa 24 bulan adalah normal dan kita boleh bersabar akannya.

Begitu juga dengan skala kecil seperti sebuah banglo, tempoh masa jika ia sedikit tergelincir dari komitmen awal, janganlah pula melenting. Perjanjian masih lagi 24 bulan. Lihatlah akan faktor-faktor kelewatan yang saya sebutkan tadi. Bawa berbincang kerana saya yakin sesuatu perkara dan permasalahan boleh dibawa ke meja rundingan.

TERLEPAS PANDANG KOS DALAM PEMBINAAN RUMAH

Jika anda merancang untuk membina sebuah banglo, ada beberapa perkara yang melibatkan kos-kos yang perlu dikeluarkan sama ada ketika pra atau semasa tempoh pembinaan. Kos ini kebiasaan tidak ditanggung mahupun diserap oleh kontraktor (melainkan jika dinyatakan mereka).

hidden-cost-flat-apartment-ranchi

Kami akan senaraikan kos yang terlibat dalam pembinaan sebuah rumah dan ada diantaranya boleh dimasukkan dalam pinjaman  (jika ada lebihan pinjaman atau ia sememangnya dinilai oleh penilai ketika pinjaman diproses).

 

1) Pelan Rumah

  • Pelan rumah kebiasaannya bergantung pada saiz rumah tersebut
  • Walaupun anda memilih pelan yang sudah siap, wang masih perlu dibayar bagi mendapatkan cop arkitek (hanya pelan dicop arkitek diluluskan oleh Majlis Daerah kelak). Kebiasaannya cajnya adalah sekitar RM 1.00 sekaki persegi termasuk cop arkitek.

2) Pelan Besi (RC pelan)

  • Ada sesetengah kontraktor sudah dipakejkan sekali didalam harga pelan rumah (kebiasaan begitu). Pelan besi ini juga perlu dibayar bagi mendapatkan cop jurutera awam berdaftar.
  • Harganya adalah sekitar RM 0.50 sekaki persegi termasuk cop jurutera.

plan besi

3) Majlis Daerah

  • Apabila pelan sudah siap dan dicop arkitek, maka pelan ini perlu dihantar ke Majlis Daerah tersebut. Kos Majlis Daerah adalah sangat subjektif kepada kawasan, keluasan rumah, ruang akses jalan & lain-lain faktor. Lain Majlis Daerah lain caj yang dikenakan.

mplbp.jpg

4) Deposit utiliti bagi elektrik (TNB) dan air

  • Apabila rumah hampir siap, permohonan bekalan elektrik akan dibuat oleh kontraktor kepada TNB dan juga syarikat pembekalan air. Istilah deposit utiliti ini adalah seperti caj penggunaan elektrik/air kerana nilainya akan dimasukkan dalam bil utiliti anda.

Kosnya adalah seperti berikut :-

a) Elektrik

(Pendawaian Single Phase)

  • Bagi rumah setingkat RM 700, bagi rumah 2 tingkat RM 1100

(Pendawaian 3 phase)

  • Bagi rumah setingkat RM 1200, bagi rumah 2 tingkat RM 1600

b) Air

  • Cajnya bergantung pada syarikat bekalan air di negeri tersebut

5) Tambahan tiang elektrik

  • Untuk pengetahuan anda, jika lokasi rumah anda perlu disambung dengan tiang elektrik terdekat yang jaraknya 3 tiang elektrik ke bawah, maka tiang ini percuma sahaja
  • Tetapi jika lokasi rumah anda memerlukan sambungan lebih daripada 3 batang tiang elektrik, maka TNB mengenakan caj RM 200 setiap batang tiang elektrik bagi tiang elektrik  ke-4 dan ke atas.

Sebagai contoh : 5 batang tiang elektrik diperlukan bagi menyambung elektrik dari rumah ke kawasan tiang elektrik terdekat.

Kiraannya : 3 batang tiang elektrik adalah percuma. 2 batang tiang elektrik lagi perlu dibayar dengan jumlah RM 400.

6) Enjin Air

  • Untuk rumah yang menggunakan bekalan air dari bawah tanah seperti di Langkawi, kos enjin air bagi menyedut air bawah tanah adalah dibawah tanggungan pembeli.

7) Lampu, kipas, lampu pagar & lain-lain

  • Dalam mana-mana spesifikasi rumah kontraktor, lampu serta kipas tidak disertakan. Kebiasaannya, yang diberikan adalah point bagi lampu dan kipas. Pembelian lampu dan kipas adalah dibawah tanggungan pembeli. Jika ada lebihan pinjaman (loan) atau ia dinilai dalam pinjaman, anda boleh gunakannya bagi menampung kos ini.

8) Pemasangan paip dengan tebuk jalan

  • Kebiasaannya, untuk memasang paip air ke sambungan paip kerajaan terdekat, kontraktor akan menanggung penyambungan paip yang tidak melebihi 100 kaki jauh (segulung paip)

Jika rumah anda terletak jauh dari sambungan paip air kerajaan (melebihi 100 kaki), biasanya caj tambahan akan dikenakan.

Dan paling penting, ia tidak melibatkan tebuk jalan. Walaupun tanggungan kontraktor adalah sekitar 100 kaki, jika sambungan itu memerlukan jalan ditebuk disebabkan paip air kerajaan berada di seberang jalan, caj tambahan akan dikenakan bagi menampung kos tebuk dan tampal kembali jalan tersebut.

9) Infrastruktur Jalan Tar & Longkang

  • Bagi sesetengah Majlis Daerah di Langkawi telah mewajibkan hadapan tanah bagi tanah yang dipecah lot untuk diturap dengan jalan tar dan dipasang longkang V (saiz 1 kaki kedalaman) sebagai syarat kelulusan pelan rumah
  • Ini bermaksud ia wajib dibuat bagi syarat mendapatkan CF (Sijil Layak Duduk/SKD) kemudian hari. Kos untuk penurapan jalan tar dan pemasangan longkang V adalah subjektif, ini kerana ia bergantung pada saiz hadapan tanah anda.
  • Jika tanah anda terletak di corner lot, kos akan lebih tinggi kerana ia perlu diturap di hadapan dan sisi tanah anda.

10) Yuran Guaman

  • Yuran guaman pula bergantung pada harga & nilai pinjaman anda. Lagi mahal harga rumah dan nilai pinjaman yang diperolehi, maka lagi tinggi caj guaman.

11) Yuran Penilai (untuk loan bank sahaja)

  • Bergantung pada pakej pinjaman bank. Kebiasaannya, yuran nilaian oleh penilai swasta tidak ditanggung dalam pakej pinjaman. Ini bermaksud, pembeli perlu membayar yuran yang dikenakan oleh penilai.

12) Duti Setem Pindah Milik & Gadaian

  • Duti setem pula terbahagi kepada 2 iaitu duti setem pindah milik dan duti setem gadaian.
  • Bagi anda yang membeli rumah atau tanah dari orang lain, anda akan dikenakan duti setem pindah milik (tukar nama pemilik asal kepada nama anda) dan juga duti setem gadaian (jika pinjaman rumah dibuat)
  • Duti setem bagi pindah milik adalah 1% dari nilaian harga rumah/tanah tersebut. Ini dibayar ke LHDN. (Kalau tanah sendiri, anda tidak dikenakan duti setem pindah milik)
  • Selepas itu anda akan dikenakan caj pendaftaran untuk pindah milik di pejabat tanah pula. Nilainya juga bergantung  pada harga rumah/tanah. Kebiasaan hanya beberapa ratus ringgit sahaja.
  • Kemudian, anda akan dikenakan pula caj pendaftaran bagi gadaian (jika anda mengambil loan) di pejabat tanah. Harga caj pendaftaran gadaian bagi pinjaman kerajaan dan bank adalah berbeza serta berpandukan dengan nilai hartanah tersebut. Kebiasaan cajnya pun beberapa ratus ringgit.
  • Bagi pinjaman bank pula, anda ada satu lagi duti setem atas perjanjian iaitu dibayar kepada LHDN. Duti setem ini berjumlah 0.5% x jumlah pinjaman.
  • Walaupun nampak begitu banyak  duti setem dikenakan, berita baiknya untuk pinjaman pertama perumahan (tidak kira pinjaman kerajaan atau bank) kerajaan memberikan diskaun 50% atas duti setem yang dikenakan.

* Dapatkan sebut harga mengenai pembinaan rumah dan renovasi secara percuma daripada kami.

HUBUNGI EN. HAN : 012-5684713