Tukang Rumah Murah di Langkawi ? Tukang siam atau Kontraktor ?

Kebanyakan ramai pemilik tanah yang ingin membangunkan rumah atau bangunan mengambil tukang siam di Langkawi. Rata-rata mempunyai alasan harga upah yang murah. Tidak di nafikan, kebanjiran warga siam yang datang daripada Pattani dan juga wilayah selatan Thailand ramai mencari rezeki di sini. Berikut adalah perbezaan yang dapat kami senaraikan berkenaan dengan tukang siam dan kontraktor.

rb 3

Di Langkawi : Tukang siam banyak mengambil kerja membuat rumah, bina dari dasar, renovasi dan kerja kerja tukang dengan mengambil kira harga per kaki. Sepanjang pengamatan, tukang-tukang ini tidak akan menyebut tentang plan kerja, perjanjian, skop atau bidang kerja yang termasuk sehinggalah tuan rumah sendiri akan terkejut apabila bayaran yang di lakukan hanya untuk sesetengah kerja sahaja. Kebiasaan tukang siam akan berani mengambil upah kerja tanpa barangan. Hal ini kerana kekurangan modal yang di miliki di samping risiko kesilapan membeli barangan.

Kebiasaaan harga tukang siam di Langkawi tanpa barangan : RM 18- RM 22 /kaki

Waktu kerja : Kebiasaan daripada jam 8 / 9 pagi – 5/6 petang

Cara bayaran gaji / upah : Secara mingguan

KEBAIKAN TUKANG SIAM :

Mendapat harga untuk membina rumah dengan kos yang murah. Tidak banyak bercakap dan tekun membuat kerja. Kadang mempunyai pengikut yang pandai membuat kerja, terkadang lansung tidak mahir.

KEBURUKAN TUKANG SIAM :

Memberi tawaran harga untuk sesetengah kerja sahaja dari binaan rumah. Kebanyakan harga RM 18-RM 22/ kaki hanya untuk binaan struktur bangunan tanpa upah bumbung, plaster, wiring, plumbing, tiling dan sebagainya. Warga siam yang telah mendapat deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak , kadangkala akan melarikan wang tersebut dan sukar untuk di jejaki sekiranya anda tidak berwaspada. Selain itu, skop kerja juga tidak di nyatakan secara bertulis pada mula dan ia boleh membawa kepada pergaduhan di pertengahan projek . Jadi, beringat sebelum kena.

MELANTIK KONTRAKTOR BINAAN / TUKANG KAMPUNG WARGA TEMPATAN UNTUK RUMAH DAN BANGUNA ANDA

rb 1

Selain daripada pilihan tukang siam untuk membina rumah dan bangunan di Langkawi, ada juga yang melantik kontraktor atau tukang kampung sebagai juru urus pembinaan tersebut. Terdapat banyak kontraktor yang menawarkan harga binaan rumah di Langkawi termasuklah menawarkan harga dengan kiraan yang tidak munasabah. Berikut adalah ciri-ciri tukang kampung atau kontraktor yang di lantik di Langkawi :

Harga binaan selalunya di kira sekali dengan barangan : Harga per kaki antara RM 60- RM 110

Plan rumah atau bangunan : Sesetengah kontraktor yang betul-betul membuat kerja rumah akan memiliki plan tersendiri selain daripada plan dari pelanggan. Sebaliknya, tukang kampung hanya akan bertanya tuan rumah bagaimana contoh rumah terdekat yang ingin di bina.

Waktu kerja : Tertakluk kepada pekerja yang di ambil – Kebanyakan tukang kampung akan mengajak rakan-rakan sekampung bagi bekerja dengan mereka. Maka, waktu kerja yang di rekod sangat tidak menentu. Kadang awal, kadang lambat atau kadang-kadang lansung tidak datang. Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai latar belakang keluarga dan masalah sendiri.

Waktu kerja kontraktor : Akan termaktub dalam perjanjian kontrak akan kesiapan binaan rumah atau bangunan tersebut. Justeru, sesetengah kontraktor amat peka tentang waktu kerja di samping mengambil orang luar ( kebanyakan orang Indonesia ) untuk bekerja dengan mereka. Kebiasaaan pekerja-pekerja kontrak akan memasuki site pada jam 8.30 dan pulang pada jam 6 petang.

Cara bayaran : Tukang kampung kebiasaan akan meminta bayaran di lakukan seminggu sekali atau dikenali juga dengan istilah ‘pinjam’. Kebanyakan daripada tukang-tukang kampung memiliki tanggungan hutang dengan meminjam daripada Wang AMANAH IKHTIAR yang perlu di bayar secara mingguan. Jika anda tidak mempunyai wang yang cukup, anda akan pening kepala bekerja dengan tukang kampung.

Kontraktor : Bergantung kepada kontraktor tetapi kebiasaannya, tuntutan untuk bayaran adalah mengikut peratus kesiapan rumah.

KEBAIKAN CARA KERJA KONTRAKTOR :

Anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan soal pembinaan rumah, plan rumah, kelulusan plan, pembelian barangan dan sebagainya. Hal ini di uruskan 100% oleh mereka dengan caj bayaran sedikit tinggi daripada tukang kampung. Kebiasaan juga, pihak kontraktor akan menyediakan perjanjian dan sebut harga terlebih dahulu kepada pelanggan agar mereka memehami sebetulnya skop kerja yang akan di lakukan. Justeru, tiada perkara yang berbangkit sekiranya semua kerja mengikut skop yang di sebut di dalam sebut harga. Berbeza dengan tukang kampung, sekiranya anda tidak menyediakan dokumen perjanjian dengan mereka, maka hal ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari sekiranya terdapat perubahan dalam plan ataupun berlaku perselisihan faham.

rb 2

KEBURUKAN KONTRAKTOR

Anda perlu bijak dalam memilih kontraktor kerana ada jenis kontraktor yang hanya ingin membuat untung di atas angin. Sesetengah daripada mereka bekerja di dalam sektor kerajaan namun mengambil peluang mencari pendapatan lebih dengan cara ini. Justeru, ada kontraktor sebenarnya tidak memahami pun skop kerja malah hanya tahu mengambil projek dan sub kepada tukang kampung. Perkara ini akan mendatangkan masalah juga di kemudian hari kepada tuan rumah kerana kemungkinan kontraktor akan membuat kerja separuh jalan ataupun sub-kontraktor lari daripada tapak projek. Oleh yang demikian, tuan rumah perlu pandai memilih kontraktor binaan. Antara tips yang boleh di kongsi :

 

  1. Semak latar belakang syarikat

 

  1. Perhalusi ataupun buat lawatan tapak ke tempat kerja yang sudah dibuat

 

  1. Melawat ke ofis kontraktor tersebut untuk mengesahkan tentang khidmat dan servis perniagaan mereka.

Sekian untuk post kali ini. Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pembinaan rumah dan lot tanah di Langkawi, sila lawati Galeri Hartanah kami di Kuah, Langkawi,

Hubungi En. Wan untuk temu janji : 012-5684713