RPG Builders Langkawi Sdn Bhd ( a rimbun prima group companies )
Sebuah syarikat yang berdaftar di bawah akta suruhanjaya syarikat Malaysia , 1965. Mula beroperasi pada tahun 2013 di mana pengurus syarikat telah menemukan peluang untuk melancarkan perkhidmatan bina rumah, renovasi rumah, cat, baiki dan sebagainya dan mensasarkan agar syarikat ini berkembang dengan baik dalam masa 5 tahun di Langkawi dan kawasan Utara keseluruhannya.
Visi syarikat : Menjadi pemaju utama industri pembinaan dan hartanah Langkawi dengan perkhidmatan yang eklusif serta global.
Misi Syarikat : Memberikan kemudahan dan penyelesaian kepada warga tempatan serta luar negara dalam industry pembinaan dan hartanah di sini dengan membekalkan tenaga kerja yang professional, cekap dan progresif.
Oleh yang demikian, syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa projek yang boleh di katakan bernilai puluhan ribu ringgit sepanjang setahun penubuhan. Komitmen yang di canang di dalam syarikat ini merupakan agenda utama para staff dan pekerja sokongan yang mahir. Justeru, kami berasa begitu bangga jika mana-mana syarikat memberikan peluang untuk bekerja dengan mereka kerana hasrat kami jelas untuk menjadikan Langkawi sebagai rumah kedua dan tempat utama yang selalu di ingati oleh warga tempatan dan juga warga luar negara. Rimbunan Bina Enterprise bernaung di bawah syarikat induknya iaitu Rimbun Prima Global Sdn Bhd.
Maju orang muda bersama Langkawi.
“SOLUSI RUMAH KEDUA ANDA DI LANGKAWI”
Azuhan Fauzi
( Bsy. Hons Islamic Finance, U.M)
Pengasas
RPG Group of Companies