Tentang Kami

RPG Builders Langkawi Sdn Bhd  ( a rimbun prima group companies )

Sebuah syarikat yang berdaftar di bawah akta suruhanjaya syarikat Malaysia , 1965. Mula beroperasi pada tahun 2013 di mana pengurus syarikat telah menemukan peluang untuk melancarkan perkhidmatan bina rumah, renovasi rumah, cat, baiki dan sebagainya dan mensasarkan agar syarikat ini berkembang dengan baik dalam masa 5 tahun di Langkawi dan kawasan Utara keseluruhannya.

Visi syarikat : Menjadi pemaju utama industri pembinaan dan hartanah Langkawi dengan perkhidmatan yang eklusif serta global.

Misi Syarikat : Memberikan kemudahan dan penyelesaian kepada warga tempatan serta luar negara dalam industry pembinaan dan hartanah di sini dengan membekalkan tenaga kerja yang professional, cekap dan progresif.

Oleh yang demikian, syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa projek yang boleh di katakan bernilai puluhan ribu ringgit sepanjang setahun penubuhan. Komitmen yang di canang di dalam syarikat ini merupakan agenda utama para staff dan pekerja sokongan yang mahir. Justeru, kami berasa begitu bangga jika mana-mana syarikat memberikan peluang untuk bekerja dengan mereka kerana hasrat kami jelas untuk menjadikan Langkawi sebagai rumah kedua dan tempat utama yang selalu di ingati oleh warga tempatan dan juga warga luar negara. Rimbunan Bina Enterprise bernaung di bawah syarikat induknya iaitu Rimbun Prima Global Sdn Bhd.

Maju orang muda bersama Langkawi.

“SOLUSI RUMAH KEDUA ANDA DI LANGKAWI”

Azuhan Fauzi

( Bsy. Hons Islamic Finance, U.M)

Pengasas

RPG Group of Companies

Langkawi 2015. Peluang untuk menjana pasif income. Part 1

Setelah sekian lama, Pulau Langkawi ini menjadi sebutan umum dengan Lagenda Mahsuri yang menceritakan tentang sumpahan keramat selama 7 keturunan. Namun, ia telah berbeza dengan apa yang wujud pada tahun 2015, seolah-olah pulau ini bakal menerima pelaburan besar di rantau asia tenggara. Pihak syarikat kami telah menganalisiskan beberapa perkara mengapa Langkawi bakal mempunyai masa hadapan yang cukup cerah jika anda ingin memiliki hartanah di sini :

1. MITOS LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI SUDAH TAMAT PADA TAHUN 2012

Tidak banyak yang percaya, namun ada sebilangan yang mengatakan sumpahan mahsuri sudah hilang dan tanah di pulau ini bakal menerima kunjungan yang lebih ramai dan subur dengan hasil yang bakal di raih kepada penduduk asal.

sumpahan

2. PROJEK MENARA ATAU MERCU TANDA KEDUA LANGKAWI SEDANG GIAT DI BANGUNKAN

Projek yang di beri nama Maha City di bangunkan di tengah-tengah Bandar Kuah bakal siap pada pertengahan tahun 2016. Projek kelolaaan Lembaga Pembangunan Langkawi ( LADA) ini membahagikan beberapa fasa pembinaan dan ia bermula dengan lot kedai dan menara tinjau Maha. Justeru, dengan kewujudan  ikon baharu di pulau lagenda ini, kami menjangkakan lebih ramai pelancong dalam dan luar akan berkunjung ke Langkawi. Anda boleh merujuk tentang projek terbaharu ini di website syarikat mereka Maha City Langkawi.

maha city

Bersambung…