LAMA KA NAK BUAT SEBUAH BANGLO ?

Antara soalan cepumas yang sering ditanya oleh klien, berapa lama tempoh siap sebuah banglo costum made. Kadangkala saya rasa sedikit berpeluh untuk menjawabnya kerana saya faham expectation klien adalah tinggi, iaitu mahu rumah disiapkan secepat yang mungkin.

Jawapan saya kebiasaannya, kesiapan adalah mengikut keluasan rumah. Bagi sebuah rumah bersaiz  1000 kaki persegi ke 1400 kaki persegi, ia boleh pergi 8 ke 10 bulan. Bagi yang bersaiz 1400 ke atas hingga 2000 kaki persegi, ia boleh menjangkau 10-12 bulan. Malah bagi yang bersaiz lebih 2000 kaki persegi, ia akan melebihi 1 tahun.

Apabila diberikan tempoh masa di atas, klien perlu faham akan satu lagi perkara, perjanjian perumahan yang diikat menyatakan tempoh masa adalah 24 bulan dari tarikh pinjaman diluluskan. Ini adalah perjanjian yang standard perumahan mana-mana sekalipun.

Mari kita fahami bahawa sebuah rumah yang dibina secara custom made (mengikut selera klien) akan mengalami proses pemilihan yang dikehendaki oleh klien. Antaranya klien memilih sendiri jenis mozek dan coraknya, klien memilih warna rumah, klien memilih sendiri set shower, jenis sinki, dan sebagainya.

 

Apabila pemilihan diberikan pada tangan klien, akan terjadi di pihak klien mengubah ubah pemilihan barangan walaupun diperingkat awal dipersetujui jenis yang lain. Ada ketika proses pemilihan ini sahaja memakan masa sebulan malah lebih lagi pun ada.

Jadi faktor ini tidak dikira dalam tempoh rumah siap. Rumah yang sepatutnya siap 8 ke 10 bulan boleh mencecah 12 bulan atau lebih disebabkan faktor ini. Mengapa ?

Saya berikan contoh perkara yang saya kurang gemari yang paling popular dalam bidang pembinaan adalah pemilihan mozek. Kedai-kedai mozek kebanyakan tidak menyimpan stok mozek dengan banyak kecuali bagi mozek yang coraknya popular. Hampir kebanyakkannya perlu ditempah. Dan tempoh masa mozek untuk sampai amat bergantung pada kedai mozek tersebut.

Pengalaman saya di Langkawi, ada stok mozek yang ditunggu kadangkala memakan masa yang 1-2 bulan (jangan terkejut ia pernah terjadi untuk beberapa kes saya terdahulu). Saya tahu ianya sangat lambat dan saya sendiri tidak menyukainya. Tetapi apabila ia memakan hingga 1-2 bulan, masa kesiapan rumah sudah lari dari kenyataan awal saya diatas.

Kemudian, kita bercakap pula tentang faktor manusia dan cuaca. Apabila musim hujan tiba terutama musim tengkujuh, boleh dikatakan hampir keseluruhan bulan itu menjadi tidak efektif. Ada juga kes dimana hujan sudahpun berhenti tetapi disebabkan jalan masuk ke tapak pembinaan becak teruk, lori yang menghantar bahan binaan pun tidak dapat masuk. Maka, terjadi lagi kelewatan kerana kerja tidak dapat berjalan lancar.

Begitu pada bulan puasa, dimana tempoh menjadi tidak efektif apabila ramai tukang rumah yang bekerja separuh hari kerana keletihan. Faktor-faktor sebegini yang perlu diberi kelonggaran oleh klien agar tidak terlalu meletakkan benchmark yang optimis jika ada halangan-halangan yang berlaku ketika pembinaan.

Saya yakin mana-mana kontraktor yang jujur tidak sesekali mahu menyiapkan kerja lambat atau terlebih masa dari jangkaan awal, tetapi realiti di tapak binaan begitulah, sentiasa ada beberapa halangan.

Untuk coretan dari pengalaman saya, jangan terlalu menekan masa kerana dikhuatiri tukang rumah yang menyiapkan kerja dengan terlalu cepat mengabaikan kualiti binaan. Nanti, klien juga akan banyak mengeluarkan kos penyelenggaran di kemudian hari. Jika kita beli rumah dari projek perumahan berskala besar seperti kondo, apartment mahupun teres, tempoh masa 24 bulan adalah normal dan kita boleh bersabar akannya.

Begitu juga dengan skala kecil seperti sebuah banglo, tempoh masa jika ia sedikit tergelincir dari komitmen awal, janganlah pula melenting. Perjanjian masih lagi 24 bulan. Lihatlah akan faktor-faktor kelewatan yang saya sebutkan tadi. Bawa berbincang kerana saya yakin sesuatu perkara dan permasalahan boleh dibawa ke meja rundingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s