1) Harga hartanah semakin mahal
- Kadar peningkatan harganya boleh mencecah sehingga 20%-30% setahun bergantung kepada lokasi. Jika orang muda masih leka, suatu hari nanti sudah semakin sukar untuk memiliki rumah.
2) Nilai pendapatan semakin menyusut
- Dengan peningkatan harga barangan, petrol dan lain-lain yang kita lihat akhir-akhir ini semakin menghakis pendapatan yang diterima. Cabaran untuk pemilikan rumah akan lebih besar sekiranya anda masih menunggu.
3) Bayaran ansuran lebih rendah
- Untuk orang muda, tempoh pinjaman anda boleh dipanjangkan dan jadi bayaran ansuran pinjaman perumahan adalah lebih rendah.
4) Pinjaman mudah lulus
- Komitmen anda sekarang mungkin masih rendah dan ini akan memudahkan anda layak memohon pinjaman perumahan.
5) Bina aset
- Pelaburan dalam hartanah seawal usia 20an adalah langkah paling bijak. Jika dilakukan secara konsisten akan membolehkan anda membina aset yang kukuh dalam jangka masa panjang.
6) Beli rumah dulu sebelum beli kereta
- Ramai yang berlumba-lumba beli kereta setelah bekerja dan ada juga yang beli diluar kemampuan sendiri hanya kerana ingin dilihat hebat pada pandangan mata orang lain. Langkah itulah boleh menyebabkan kesukaran untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan. Anda juga mengalami kerugian kerana kereta ada susut nilai yang signifikan. Langkah yang lebih bijak adalah dengan membeli rumah terlebih dahulu dan sekiranya ada cashback barulah digunakan untuk beli kereta ataupun cari yang ada sediakan tawaran beli rumah percuma kereta. Rumah juga anda boleh refinance setelah rumah itu berlaku kenaikkan sekiranya memerlukan tunai.