Langit yang membiru,
Laut yang terbentang luas,
Molek di pandang di amati lalu,
Jiwa yang tenang datanglah lekas.
Langkawi terkenal dengan sebuah pulau pelancongan yang ramai di kunjungi oleh pengunjung samada daripada warga tempatan mahupun warga asing. Kepesatan di Langkawi dapat di rasai bermula 10 tahun yang lalu apabila ramai pelabur luar datang mencari peluang di pulau lagenda ini. Meskipun mitos padang jarak padang tekukur masih terletak di sanubari warga tempatan, namun kuasa Tuhan meletakkan sesuatu itu jauh daripada pemikiran manusia.
4 Tahun yang lepas :
Angin yang membawa berita keindahan Langkawi sudah 20 tahun bertiup, namun khabar yang di bawa mungkin 4 tahun yang lepas baru sampai di negara mat salleh dan cina. Apa yang dapat di lihat semenjak perkhabaran itu tiba di sana, pelbagai warga luar mengambil kesempatan untuk berhijrah ke Langkawi, malah ada yang duduk berbulan bulan dan bertahun tahun untuk menjadi peneman setia kepada kecantikan sang alam di sini. Pihak rimbun berjaya menemukan beberapa penduduk luar yang berkahwin dengan wanita tempatan, harta di negara mereka di bawa ke sini dan hiduplah dengan aman beserta limpahan kekayaan yang di bawa ke mari itu. Namun, ada yang berfikiran jauh dan menemukan peluang untuk melipatkali gandakan hasil dapatan dan keuntungan selagi hayat mereka masih ada di pulau yang indah ini. Rumah kedua buat warga luar negara, itu lah fanomena yang sedang berlaku di sini. Para warga luar yang mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan mereka di negara asal, mula mempelawa rakan taulan mereka untuk membeli tanah dan rumah di pulau langkawi. Tambahan pula, undang-undang kerajaan Malaysia yang tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat untuk mereka menikmati kehidupan di negara ini menjadikan aktiviti ini lebih rancak. Justeru, para penduduk tempatan yang inginkan kekayaan yang cepat, berlumba-lumbalah menjual tanah mereka kepada orang kulit putih dan orang kaya mata sepet.
Dahan Rimbun Peluang Untuk Warga Tempatan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Ini
Selepas kami berada di Langkawi hampir setahun, terfikirlah dek hati ini untuk membuka peluang kepada warga tempatan supaya mengambil peluang dalam kepesatan pembangunan di Langkawi. Biarpun mereka kata orang kita tidak berapa ada duit, namun kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan orang kulit putih terus menerus merebut hak ketuanan kepada Pulau Lagenda ini.
Tercetus Sebuah Idea : Dahan Rimbun
5 dalam 1. apa itu lima dalam satu? Bukan pakej pelancongan mahupun kopi pra campuran tetapi 5 anugerah Tuhan yang kurniakan kepada kita yang anda susah ingin dapatkan dalam jarak berdekatan. Apatah lagi ia merupakan sebuah anugerah yang di berikan oleh Tuhan untuk kita hargai dan renungi.
Pasir pantai yang memutih, deruan air terjun yang menenangkan jiwa, rimbunan dahan yang lebat serta menghijau dan anda menikmati kesemua itu dengan hanya memiliki sebuah tanah lot di Dahan Rimbun. Kami tidak menjanjikan sesuatu yang di luar jangkaan, sepastinya bagi mereka yang sudah menjejakkan kaki ke Langkawi akan merasai ketenangan ini. Tanah yang berkeluasan 4.5 ekar di miliki oleh hamba Allah yang begitu pemurah hatinya untuk di bangunkan bersama madrasah Tahfiz dan jualan tanah lot ini tidak lebih untuk meneruskan kelansungan generasi yang berilmu serta beramal soleh.
Di balik ketenangan yang bakal anda kecapi di Dahan Rimbun, para pemilik juga berpeluang bersama untuk mengimarahkan madrasah tahfiz ini. Mereka mampu menjadikan ia sebagai sebuah tempat untuk berehat seketika daripada keletihan duniawi.
Keserabutan dan tekanan kerja menjadikan kita untuk mengimpikan sebuah tempat yang mampu memberikan ketenangan. Tidak hanya ketenangan jiwa dengan melihat keindahan ciptaan Tuhan, malah kita dapat mengisi ruang ruang kosong yang boleh di isi dengan makanan rohani yang terdapat di Dahan Rimbun. Insya Allah, Tuhan memberkati usaha untuk orang yang selalu mencari jalan pulang ke Nya. Kami sebagai penganjur jualan tanah lot ini akan membentuk satu jawatankuasa komuniti Dahan Rimbun dan juga membangunkan pejabat pengurusan untuk memudahkan para pembeli menguruskan lot mereka jika ia di tinggalkan sementara mereka tiada.
Konsep beli dan bina.
Dahan Rimbun mempunyai beberapa lot yang berbeza keluasan dan berbeza harga. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk membuat pilihan tanah lot yang mereka mampu. Untuk fasa pertama, kami mensasarkan jualan lot tanah di penuhi terlebih dahulu, kemudian pemilihan desain rumah dan chalet boleh di pilih mengikut citarasa pelanggan sesuai dengan bajet, saiz tanah dan keperluan mereka.
Geran bersama sementara anda mendapatkan geran individu
Kesemua pembeli tanah lot ini akan di berikan satu perjanjian bersama peguam . Ia akan di sebut sebagai perjanjian penyerahan hak, sementara menunggu geran individu di keluarkan.
Madrasah At Tauhid Nadi Kehidupan Komuniti Dahan Rimbun
Di dalam pelan dasar utama kami, Dahan Rimbun memperuntukkan sekurang-kurangnya satu ekar untuk pembangunan madrasah. Keputusan untuk membangunkan pusat pengajian ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada tapak sedia ada berdekatan Airport Langkawi. Namun, atas faktor kewangan dan sewaan yang tinggi, seramai 18 orang pelajar tahfiz yang merupakan anak yatim akan di pindahkan di sini . Untuk permulaan, kami akan membina rumah madrasah yang di bina daripada kayu terpakai hasil pemberian LADA. Doakan usaha murni ini di beri kemudahan oleh Sang Pemberi Rezeki.
Untuk anda yang bercadang memiliki rumah di Langkawi, jom bersama kami bangunkan komuniti Dahan Rimbun. Pembelian tanah lot di sini seumpama membeli tanah pondok dan cerucuk asas untuk anda menjadi warga Langkawi. Insya Allah, program yang akan kita laksanakan di Dahan RImbun dengan pembangunan madrasah lebih kepada program mencari ketenangan abadi. Mungkin ada yang berkata Langkawi tidak mempunyai tempat yang setanding dengan Phuket, Krabi, Bali dan seluruh tempat yang cantik hasil kurniaan Tuhan. Namun, Langkawi mempunyai tempat yang setidak tidaknya mengingatkan anda kepada kehebatan kuasa Tuhan dan juga tempat untuk anda kembali mengenal lebih dekat Ilmu-ilmu Tuhan. Insya Allah.
Kenapa Dahan Rimbun amat sesuai untuk di jadikan Rumah :
Fasiliti jalan masuk keluar tersedia.
Fasiliti TNB tersedia. Tidak perlu untuk menambah tiang dari jalan luar.
Fasiliti paip air JKR dan SADA tersedia di dalam tanah Lot Dahan Rimbun.
Bagi yang berminat untuk memiliki tanah lot di Dahan Rimbun boleh lah merujuk kepada maklumat di bawah :
Lokasi Dahan Rimbun
DOWNLOAD MAKLUMAT LANJUT MENGENAI DAHAN RIMBUN DI SINI :