LALUAN LANGKAWI – GUANGZHOU TINGKAT KEMASUKAN PELANCONG

Langkawi merupakan ‘Permata Kedah’ yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta flora dan fauna yang unik. Pulau Lagenda ini kini terserlah sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang unggul dan tersohor.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan Air Asia memulakan penerbangan sulungnya dari Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 24 Januari 2016. Pesawat AK2010 itu membawa 92 peratus penumpang termasuk wakil daripada Lembaga Pelancongan Guangdong. Air Asia ketika ini menguasai 60 peratus pasaran laluan udara Langkawi, dengan menawarkan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Laluan Guangzhou ke Langkawi tidak hanya mengukuhkan kedudukan syarikat itu di Langkawi, malah akan melonjakkan lagi ekonomi pulau ini dengan potensi pelaburan akan datang dari China. Ini akan meyakinkan bahawa Langkawi akan menjadi satu daripada destinasi pelancongan utama dengan lebih banyak kesalinghubungan antarabangsa dan akan menjadi pilihan utama pelancong China dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Langkawi juga akan dijadikan sebagai hab antarabangsa. Ia dapat meningkatkan lagi pelancongan di pulau ini. Kerajaan pusat juga akan terus membangunkan Langkawi sebagai produk pelancongan nombor satu negara agar sentiasa mendapat tumpuan pelancong terutama dari luar negara.

Di samping itu, kerajaan bersedia untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk pelancong mewah, dan sebagai kerajaan yang properniagaan, ia mahu melihat lebih banyak sektor swasta memainkan peranan mereka dan menyokong lebih banyak matlamat. Rakyat juga perlukan kerajaan seperti ini supaya sektor swasta Langkawi, Kedah dan negara terus membangun dan kukuh. Ini akan menandakan tahap pertumbuhan dan pembangunan seterusnya di Langkawi.

LGK05_240116_PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bergambar bersama Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini. FOTO Bernama

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s