5 KESILAPAN SEMASA MEMBINA RUMAH

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusnya mempunyai perancangan yang teliti.

Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh bermula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.

Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda.

Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda

  1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan
  2. Memulakan melakar pelan rumah tanpa mengambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina. Lokasi rumah sangat penting
  3. Membina pelan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah
  4. Mengurangkan kos pelan dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan profesional
  5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian berikut :-

Wan – 012 5684713

Yadi – 012 4474651Desain-Rumah-Minimalis-Modern-Dan-Elegan-010

LAMA KA NAK BUAT SEBUAH BANGLO ?

Antara soalan cepumas yang sering ditanya oleh klien, berapa lama tempoh siap sebuah banglo costum made. Kadangkala saya rasa sedikit berpeluh untuk menjawabnya kerana saya faham expectation klien adalah tinggi, iaitu mahu rumah disiapkan secepat yang mungkin.

Jawapan saya kebiasaannya, kesiapan adalah mengikut keluasan rumah. Bagi sebuah rumah bersaiz  1000 kaki persegi ke 1400 kaki persegi, ia boleh pergi 8 ke 10 bulan. Bagi yang bersaiz 1400 ke atas hingga 2000 kaki persegi, ia boleh menjangkau 10-12 bulan. Malah bagi yang bersaiz lebih 2000 kaki persegi, ia akan melebihi 1 tahun.

Apabila diberikan tempoh masa di atas, klien perlu faham akan satu lagi perkara, perjanjian perumahan yang diikat menyatakan tempoh masa adalah 24 bulan dari tarikh pinjaman diluluskan. Ini adalah perjanjian yang standard perumahan mana-mana sekalipun.

Mari kita fahami bahawa sebuah rumah yang dibina secara custom made (mengikut selera klien) akan mengalami proses pemilihan yang dikehendaki oleh klien. Antaranya klien memilih sendiri jenis mozek dan coraknya, klien memilih warna rumah, klien memilih sendiri set shower, jenis sinki, dan sebagainya.

 

Apabila pemilihan diberikan pada tangan klien, akan terjadi di pihak klien mengubah ubah pemilihan barangan walaupun diperingkat awal dipersetujui jenis yang lain. Ada ketika proses pemilihan ini sahaja memakan masa sebulan malah lebih lagi pun ada.

Jadi faktor ini tidak dikira dalam tempoh rumah siap. Rumah yang sepatutnya siap 8 ke 10 bulan boleh mencecah 12 bulan atau lebih disebabkan faktor ini. Mengapa ?

Saya berikan contoh perkara yang saya kurang gemari yang paling popular dalam bidang pembinaan adalah pemilihan mozek. Kedai-kedai mozek kebanyakan tidak menyimpan stok mozek dengan banyak kecuali bagi mozek yang coraknya popular. Hampir kebanyakkannya perlu ditempah. Dan tempoh masa mozek untuk sampai amat bergantung pada kedai mozek tersebut.

Pengalaman saya di Langkawi, ada stok mozek yang ditunggu kadangkala memakan masa yang 1-2 bulan (jangan terkejut ia pernah terjadi untuk beberapa kes saya terdahulu). Saya tahu ianya sangat lambat dan saya sendiri tidak menyukainya. Tetapi apabila ia memakan hingga 1-2 bulan, masa kesiapan rumah sudah lari dari kenyataan awal saya diatas.

Kemudian, kita bercakap pula tentang faktor manusia dan cuaca. Apabila musim hujan tiba terutama musim tengkujuh, boleh dikatakan hampir keseluruhan bulan itu menjadi tidak efektif. Ada juga kes dimana hujan sudahpun berhenti tetapi disebabkan jalan masuk ke tapak pembinaan becak teruk, lori yang menghantar bahan binaan pun tidak dapat masuk. Maka, terjadi lagi kelewatan kerana kerja tidak dapat berjalan lancar.

Begitu pada bulan puasa, dimana tempoh menjadi tidak efektif apabila ramai tukang rumah yang bekerja separuh hari kerana keletihan. Faktor-faktor sebegini yang perlu diberi kelonggaran oleh klien agar tidak terlalu meletakkan benchmark yang optimis jika ada halangan-halangan yang berlaku ketika pembinaan.

Saya yakin mana-mana kontraktor yang jujur tidak sesekali mahu menyiapkan kerja lambat atau terlebih masa dari jangkaan awal, tetapi realiti di tapak binaan begitulah, sentiasa ada beberapa halangan.

Untuk coretan dari pengalaman saya, jangan terlalu menekan masa kerana dikhuatiri tukang rumah yang menyiapkan kerja dengan terlalu cepat mengabaikan kualiti binaan. Nanti, klien juga akan banyak mengeluarkan kos penyelenggaran di kemudian hari. Jika kita beli rumah dari projek perumahan berskala besar seperti kondo, apartment mahupun teres, tempoh masa 24 bulan adalah normal dan kita boleh bersabar akannya.

Begitu juga dengan skala kecil seperti sebuah banglo, tempoh masa jika ia sedikit tergelincir dari komitmen awal, janganlah pula melenting. Perjanjian masih lagi 24 bulan. Lihatlah akan faktor-faktor kelewatan yang saya sebutkan tadi. Bawa berbincang kerana saya yakin sesuatu perkara dan permasalahan boleh dibawa ke meja rundingan.

KHIDMAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI DI LANGKAWI

KENAPA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI ?

Bina rumah atas tanah sendiri adalah salah satu alternatif bagi yang hendak memiliki rumah idaman sendiri dengan kelebihan

  • Dapat maksimumkan pinjaman untuk membina rumah sepenuhnya
  • Dapat memilih rekabentuk rumah mengikut citarasa sendiri
  • Dapat memilih penggunaan ruang yang maksimum
  • Mengubah susun atur plan lantai mengikut kesesuaian
  • Boleh dibina mengikut kemampuan pinjaman (konsep design & built)

Print

Kami memberi khidmat membina rumah di atas tanah sendiri hanya di Langkawi

  • Anda boleh memilih pelbagai plan rekabentuk rumah serta keluasan rumah mengikut bajet anda sendiri
  • Kami menawarkan khidmat membina rumah dengan harga yang berpatutan mengikut jenis material yang dikehendaki seperti material standard, sederhana mewah dan mewah
  • Kami sedia membuat sebut harga mengikut plan rekabentuk serta spesifikasi material yang anda inginkan

Syarat-syarat pinjaman kelayakan kakitangan kerajaan di Langkawi

Syarat-syarat asas

  • Kakitangan kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang bankrap / siberhutang hukuman / pemakan gaji tidak berkemampuan / sedang dalam tindakan tatatertib
  • Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
  • Perjanjian jual beli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Peminjam diwajibkan mengambil insurans / takaful gadai janji dan insurans / takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh pihak berkuasa memberi pinjaman
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan

Lawati Galeri Hartanah dan Desain kami di Kuah, Langkawi :

RPG BUILDERS LANGKAWI SDN BHD

           No 22A, Dayang Business Centre, Persiaran Dayang 3, 07000, Kuah, Langkawi.

Call untuk temu janji : EN WAN AZHAN 016-524.0754 / Ofis 04- 9610610

BAGAIMANA CARA UNTUK APPLY METER TNB DAN AIR SADA DI LANGKAWI

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, rasanya disini ingin berkongsi sikit tentang tatacara dan prosedur bagi pemasangan meter elektrik dan air rumah dibeli dari pemaju atau atas tangan orang lain.

Rasanya tak susah nak settlekan perkara ni just bergantung kepada kita. Kalau cepat kita proses cepatlah settle. Kalau lambat, so resultnya pun samalah.

1. Meter Elektrik

Untuk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada dua kategori.

Kes 1 – Membeli rumah dari pemaju

Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara bundle kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dengan TNB terdekat dan minta borang apply meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen seperti di bawah :-

  • Sales and Purchase Agreement (SnP) – 1 copy
  • Ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon untuk dihubungi (belakang) – 1 copy
  • Deposit pemasangan meter
  • Setem hasil

Kes 2 – Membeli rumah dari orang lain

  1. Jika kita memohon dalam tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor berlesen. Boleh terus pergi ke TNB dan prepare dokumen seperti dia atas.
  2. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter lebih dari 6 bulan, kita perlu lantik kontraktor berlesen untuk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor berlesen, kita juat bayar dan beri dokumen yang diperlukan :-
  • Sales and Purchase Agreement (SnP) – 1 copy
  • Ic pemohon veserta fon (depan), serta nama waris dan fon untuk dihubungi (belakang) – 1 copy
  • Deposit pemasangan meter
  • Setem hasil
  • Kontraktor

* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat untuk dapatkan contact kontraktor berlesen yang berhampiran.

* Pemasangan meter dalam tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.

2. Meter Air

Untuk meter air rasanya lagi mudah. Just pergi terus ke syarikat air negeri yang berhampiran dan dia akan bagi borang untuk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah :-

  • Sales and Purchase Agreement (SnP)
  • Ic pemohon
  • Deposit meter
  • Setem hasil

* Pemasangan meter dalam tempoh 3 – 7 hari bekerja.

 

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut dan melawati galeri hartanah kami di Langkawi. Bolehlah berkunjung ke alamat berikut :

RPG BUILDERS LANGKAWI SDN BHD

NO 22 A, DAYANG BUSINESS CENTRE, PERSIARAN DAYANG 3,

07000, KUAH LANGKAWI.

( Hadapan Baron Resort Pekan Rabu, Bersebelahan Hannan Medi Spa Langkawi)

Telefon Personal

Encik Wan Azuhan : 016- 524.0754

Ofis : 04 – 9610610

Hubungi kami

Tentang Kami

RPG Builders Langkawi Sdn Bhd  ( a rimbun prima group companies )

Sebuah syarikat yang berdaftar di bawah akta suruhanjaya syarikat Malaysia , 1965. Mula beroperasi pada tahun 2013 di mana pengurus syarikat telah menemukan peluang untuk melancarkan perkhidmatan bina rumah, renovasi rumah, cat, baiki dan sebagainya dan mensasarkan agar syarikat ini berkembang dengan baik dalam masa 5 tahun di Langkawi dan kawasan Utara keseluruhannya.

Visi syarikat : Menjadi pemaju utama industri pembinaan dan hartanah Langkawi dengan perkhidmatan yang eklusif serta global.

Misi Syarikat : Memberikan kemudahan dan penyelesaian kepada warga tempatan serta luar negara dalam industry pembinaan dan hartanah di sini dengan membekalkan tenaga kerja yang professional, cekap dan progresif.

Oleh yang demikian, syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa projek yang boleh di katakan bernilai puluhan ribu ringgit sepanjang setahun penubuhan. Komitmen yang di canang di dalam syarikat ini merupakan agenda utama para staff dan pekerja sokongan yang mahir. Justeru, kami berasa begitu bangga jika mana-mana syarikat memberikan peluang untuk bekerja dengan mereka kerana hasrat kami jelas untuk menjadikan Langkawi sebagai rumah kedua dan tempat utama yang selalu di ingati oleh warga tempatan dan juga warga luar negara. Rimbunan Bina Enterprise bernaung di bawah syarikat induknya iaitu Rimbun Prima Global Sdn Bhd.

Maju orang muda bersama Langkawi.

“SOLUSI RUMAH KEDUA ANDA DI LANGKAWI”

Azuhan Fauzi

( Bsy. Hons Islamic Finance, U.M)

Pengasas

RPG Group of Companies