BAGAIMANA CARA UNTUK APPLY METER TNB DAN AIR SADA DI LANGKAWI

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, rasanya disini ingin berkongsi sikit tentang tatacara dan prosedur bagi pemasangan meter elektrik dan air rumah dibeli dari pemaju atau atas tangan orang lain.

Rasanya tak susah nak settlekan perkara ni just bergantung kepada kita. Kalau cepat kita proses cepatlah settle. Kalau lambat, so resultnya pun samalah.

1. Meter Elektrik

Untuk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada dua kategori.

Kes 1 – Membeli rumah dari pemaju

Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara bundle kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dengan TNB terdekat dan minta borang apply meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen seperti di bawah :-

  • Sales and Purchase Agreement (SnP) – 1 copy
  • Ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon untuk dihubungi (belakang) – 1 copy
  • Deposit pemasangan meter
  • Setem hasil

Kes 2 – Membeli rumah dari orang lain

  1. Jika kita memohon dalam tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor berlesen. Boleh terus pergi ke TNB dan prepare dokumen seperti dia atas.
  2. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter lebih dari 6 bulan, kita perlu lantik kontraktor berlesen untuk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor berlesen, kita juat bayar dan beri dokumen yang diperlukan :-
  • Sales and Purchase Agreement (SnP) – 1 copy
  • Ic pemohon veserta fon (depan), serta nama waris dan fon untuk dihubungi (belakang) – 1 copy
  • Deposit pemasangan meter
  • Setem hasil
  • Kontraktor

* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat untuk dapatkan contact kontraktor berlesen yang berhampiran.

* Pemasangan meter dalam tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.

2. Meter Air

Untuk meter air rasanya lagi mudah. Just pergi terus ke syarikat air negeri yang berhampiran dan dia akan bagi borang untuk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah :-

  • Sales and Purchase Agreement (SnP)
  • Ic pemohon
  • Deposit meter
  • Setem hasil

* Pemasangan meter dalam tempoh 3 – 7 hari bekerja.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s