1. Jangan percaya kepada seseorang berdasarkan penampilan mereka. Layan mereka seperti penjual dan anda sebagai pembeli. Kedua-dua hak perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.
2. Pastikan anda mempunyai keterangan terperinci seperti nama penuh, alamat tempat tinggal, salinan mykad, pekerjaan dan nombor telefon bimbit.
3. Jika berurusan dengan kakitangan pejabat tanah atau pejabat daerah, anda digalakkan menggunakan khidmat peguam kerana pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.
4. Jika berurusan dengan orang biasa, anda boleh buat perjanjian jualbeli yang dipersetujui kedua-dua pihak.
5. Buat semakan harga pasaran tanah termasuk selidik ketulenan maklumat serta butiran geran tanah yang hendak dibeli.
6. Kaji tempoh masa yang diambil dalam urusan jualbeli tanah untuk dimasukkan dalam SnP.
7. Pastikan anda mendapat resit yang perlu ditandatangani oleh penjual dan pembeli semasa membuat bayaran. Resit tersebut perlu ada butiran nama pembayar dan penerima, nombor mykad, jumlah bayaran dan butiran maklumat tanah.
8. Sentiasa peka dengan janji pihak penjual yang terkandung dalam SnP. Anda disarankan buat susulan dari masa ke semasa. Lantik juruukur jika perlu untuk tentukan sempadan tanah dan topografi tanah yang hendak dibeli. Ianya dapat mengelakkan penipuan keluasan tanah dalam geran.
Semoga tips ini dapat dijadikan rujukan buat kenalan semua.