RAYANI AIR – IMPAK PELABURAN DI LANGKAWI

2

Langkawi merupakan ‘Permata Kedah’ yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta flora dan fauna yang unik. Pulau Lagenda ini kini terserlah sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang unggul dan tersohor.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember 2015 ke Langkawi dan Kota Bharu.

Rayani Air merupakan penerbangan yang menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Penerbangan ini menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji. Untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil ‘langkah kecil’ untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.

Ini akan memberi impak positif peningkatan kemasukan pelancong di Pulau Langkawi kerana ia meningkat dari segi ketibaan pelancong, pendapatan pelancongan dan pelaburan berdasarkan kepada sasaran yang telah ditetapkan.

Secara tidak langsung, Langkawi dijadikan sebagai hab operasi yang akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, homestay dan bilik sewa turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi Pulau Langkawi ini. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan samaada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di pulau ini sekali gus membolehkan pulau ini memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di pulau ini membuktikan kesungguhan pulau ini dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke pulau ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di pulau ini perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s